Deen ul-Haq

"Ukuran Kebahagiaan Adalah Ketinggian Redhanya Pada ALLAH SWT"

Tuesday, June 14, 2005

Etika Bermesyuarat Atau Pertemuan 

  1. Ikhlaskan niat menyertainya kerana Allah SWT
  2. Sentiasa berwudhu’ agar beroleh ketenangan dalam diri
  3. Mempunyai agenda mesyuarat yang jelas sebaiknya ditetapkan serta dimaklumkan lebih awal kepada ahli mesyuarat
  4. Memulakan majlis dengan Basmallah atau membaca surah al-Fatihah
  5. Menyediakan slot tazkirah atau peringatan yang ringkas tetapi berkesan
  6. Mengelak daripada berlaku masalah komunikasi dan perhubungan sebelum mesyuarat atau pertemuan diadakan dan sebarang perubahan teknikal sebelum mesyuarat perlu dimaklumkan segera
  7. Mengamalkan konsep al-`Asr dengan menepati masa dan memaklumkan kelewatan atau ketidakhadiran kepada pengerusi mesyuarat lebih awal
  8. Menetapkan tempoh masa perjalanan majlis supaya ahli mesyuarat dapat merancang masa mereka
  9. Memastikan majlis tamat sebelum atau pada waktu yang disepakati dan berusaha mengelakkan dari perbincangan atau perbahasan yang tidak perlu
  10. Menyatakan pandangan atau cadangan secara ringkas dan padat tanpa mengulangi perkara atau fakta yang telah disebut
  11. Bersikap adil dan saksama dengan memberi ruang dan peluang kepada ahli mesyuarat untuk menyatakan pandangan atau cadangan mereka
  12. Berusaha untuk tidak menyebut perkara yang menimbulkan penyakit hati
  13. Berlapang dada dengan pandangan orang lain dan tidak bersikap menegakkan pendapat sendiri semata-mata
  14. Maklumat mesyuarat adalah rahsia dan tidak dibincangkan di luar mesyuarat melainkan perkara yang dipersetujui bersama serta yang memerlukan pandangan pihak luar ahli mesyuarat
  15. Mengawal majlis agar tidak membuang masa dan seumpamanya, biar sebentar tetapi padat, difahami dan diterima bersama
  16. Sebelum menutup majlis, semak semula keputusan yang telah ditetapkan dan menentukan masa,tempat,tarikh pertemuan atau mesyuarat seterusnya jika difikirkan perlu
  17. Sentiasa mengingatkan ahli mesyuarat agar menilai kembali (muhasabah) ketetapan yang telah diputuskan agar beroleh redha dan keampunan dari Allah SWT
    Mengakhiri majlis dengan kaffarat ul-Majlis


Dipetik secara bebas dari buku “Jalan Da’wah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah”, karangan Ustaz Mustafa Masyur, terjemahan oleh Syed Abdurrahman Syed Hussin, Pustaka Dewan Fajar, dengan sedikit pengubahsuaian.


Monday, June 13, 2005

Saf Pimpinan 2005-2007 

Keputusan rasmi dengan bilangan undi ialah;
Pengerusi Tetap
Ust. Abu Kassim Abdullah

Timbalan Pengerusi Tetap
Ust. Hj. Suhaimi Ahmad (631)

PresidenYB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ust. Nasharudin Mat Isa (536)

Naib-Naib Presiden
YB Hj. Husam Musa (577)
Sdr Hj. Mohamad Sabu (445)
Dato' Dr. Hj. Hassan Mohd. Ali (435)

Ahli-Ahli Jawatankuasa

Tuan Ibrahim Tuan Man (813)
YB Dato' Kamaruddin Jaafar (765)
Dr. Mohd Hatta Ramli (753)
Ust. Hj. Taib Azamuddin Mohd Taib(747)
Ust Abd Ghani Samsuddin (692)
Dr. Lo' Lo' Ghazali (680)
Dr. Syed Azman Syed Ahmad (668)
Ust.Ahmad Awang (635)
Ust. Hj. Idris Ahmad (626)
Ust. Hashim Jasin (605)
Ust. Abdul Ghani Abdul Rahman (605)
Ust. Dato' Abu Bakar Chik (566)
Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok (550)
Ust. Mujahid Yusof Rawa (536)
YB Ir. Hj. Amiruddin Hamzah (533)
YB Hj.Wan Mutalib Embong (530)
Dr Mahfodz Mahmood (465)
Dr Rosli Yaakob (436)Pemeriksa Kira-Kira
Mohamad Rashidi Hassan (593)
Mohd Malik Yusof (504)
.......................

AJK Dewan Pemuda PAS 2005/2007

Ketua : YB Salahudin Ayub

Timbalan Ketua : Ustaz Idris Ahmad

Naib Ketua : Mazlan Aliman

Jawatankerja yang dipilih ialah

1. Ahmad Sabki Yusof
2. Riduan Mohd Noor
3. Nasarudin Hassan
4. Mohamed Hanipa Maidin
5. Azman Shapawi Abd Rani
6. Nik Mohd Abdul Nik Aziz
7. Azreen Ab Majed
8. Musoddak Ahmad
9. YB Mohd Zaki Ibrahim
10. Mohd Nazri Chik
11. Zulkanain Abidin
12. Norazli Musa

Keputusan dikeluarkan oleh SPR pada 3.40 petang 2 Jun 2005.
.......................................

Keputusan Pimilihan AJK DMPP Sessi 05-07.

Ketua : Ustazah Azizah Khatib Mat

Timbalan Ketua : Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali

Naib Ketua : YB Senator Siti Zailah Yusof.

Ahli Jawatankuasa terpilih ialah

1. Athirah
2. Amizan Baharuddin
3. Halimah Abdullah
4. Mastura Mohd.
5. Nurida Mohd.Salleh
6. Nurul Huda Yusuf
7. Rahmah Isa
8. Rusiah Salleh
9. Rosnah Abdullah
10. Salamiah Mohd. Nor
11. Siti Mariah Mahmod
12. Zuraidah Hussin

Sunday, June 12, 2005

Ahlan wa sahlan 

Assalamu`alaikum
Khususan buat sahabat-sahabat se Deen ul-Haq

[Top]